Jumaat, 29 Julai 2011

HoBi AkUU & MaK...

assalamualaikum..wbt
entry kali ni ak nk ltak gmbo hobi aku n mak ak..ktrg berkongsi hobi..hehehhehe..iaitu..tnm menanam..klu dlu aku asik berfarmville n men game plant tycoon..ha,skang ak plak yg berplant tycoon...tp xdela thp bka nursery..tp insyaAllah mne tw ade rzki dpt bka nursery..
mak aku ni mmg ske menanam..mcm2 pokok die tnm...

 tp skang ni mak da tambah koleksi pokok die...tnam pokok2 hiasan plak..hehehhe..ak tlg tmbahkn koleksi je...ak pun minat jgk...ni antara sebahagian pokok2 yg ade...

ni lah pokok yg ade..tp sbhgian lg aku xdpt nk mskkn...dlm byk2 pokok ni ade satu pokok yg aku syg...aku bg nmenye ...KeLaDi CiNtA...hehehhe...

pokok ni ade kisahnye knape aku bg nme keladi cinta..aku bli pokok ni mse aku bru2 je menyimpan rse syg n cinta pd seseorang..so kt pokok ni la aku curahkan..ak jge,siram,baja..sme cm cinta...kne baja,siram,jge..tp yg ptg niat..alhamdulillah da 2 thn hbgn tu..cm pokok ni pun da beranak pinak da..da byk sgt pasu mak aku ltak...ade org mintak mak bg tp pokok2 dorg sume xthn lme...mudah2an hubungan kami akan berkekalan dunia dan akhirat..insyaAllah..Ya Allah satukanlah kami di bawah naungan kasih sayang dan rahmatMU ..amin..insyaAllah

mybe lpas ni aku nk tmbah lg koleksi2 pokok2 ni..insyaAllah...so,enjoy...

Khamis, 28 Julai 2011

AnDaI ItU TakDirNye..

assalamualaikum...
ni aku post plak novel kesayangan aku..sinopsis je la..antara 4 buku karya Siti rosmizah yg ni plg aku suke bce berulang2..hehehhe..
sob..sob..

smpi cmtu skali aku sedih krn menghayatinye..pergh layan abeh..huhu..klu xcye bce la dgn sepenuh atinye...


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
 yg lain karya2 Kak SR ni pun mmg sdap dibce..



aku da kumpul semuanye...hehe..mari kite membce bersme..chaloo..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Assalamualaikum...
post yg ni aku selang seli kn dgn yg aku taip sendiri..sje je wat tambah2 ilmu disamping Ramadhan yg akan dtg ni..InsyaAllah..marilah sme2 kite menambahkn ilmu kite...



Ramadan Al Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsibuat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu nekara dan dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).
Dikatakan Ramadan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya. Dan segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

ItU AkU..-Part 2 -

Assalamualaikum..w.b.t..
setelah bersawang2 blog ak ni bru la arini aku hupdate..itu pun ats desakan peminat ak yg sorg ni...Nurul Ain Ahmad a.k.a bestfrenz forever aku ni...ape ak nk cite ek...???

hah.....!!!!!!!!!!!!...aku taw...

citer pasal diri aku je la....mak aku lahirkan aku 17th september 1988..sehari selepas Hari Malaysia..klu awl skit satu Mesia smbut bday aku..hahah..aku anak No.5 dr 6 org beradik..mak n ayah aku pandai rancang..3 lelaki 3 pompan..chewah,xla,tu sume Allah kurniakan..Alhamdulillah aku dilahirkan dlm family yg besar..
pastu aku mse kecik semangat sgt nk ke skolah...xsbr nk blaja ABC

bile msk skola Tadika Ladang Welch aku jadi samseng kampung pisang...heheheheh..sume org ak buli....
then aku sambung blaja kt Sek Keb ldg Welch

smpi darjah 6..pastu aku g plak merantau..sje je xnk abehkan beras mak aku pun masuk boarding skool yg mmg jauh letaknye...SMS Kota Tinggi...

kt cni aku blaja berdikari smpi aku abeh SPM...keputusan aku pun bkn la hebat sgt..so bak kte abah msk je form 6..dgn hati yg xberape rela aku pun smbung form 6 kt Sek Tinggi Segamat..asek tinggi je sekolah aku ni..aku xtggi2 jgk... heheheh..tp berkat doa abah n mak,aku dpt interview kt satu tempat ni..jeng..jeng..jeng...

segalanya bermula disini...
kt cni aku blaja..mmg jauh la kt Batu rakit Trengganu..makin lme makin jauh plak...
pas abeh ALAM,keje aku pun jauh lg...kne plak membawa diri membelah lautan ciptaan Tuhan....

hah amik koo..keje trus jauh dr family..ni la hidup aku..
aku rse smpi cni dlu...t next story aku detail lg...huuuaarrrrrgghhhhhhhhhhh....
wassalam